WHITE WATER RAFTING @ ULU SLIM

 Hai semua,

Post kali ini nak share pengalaman join white water rafting di Ulu Slim 13 Nov 2021. Kiranya pengalaman pertama join water rafting and rase jatuh cinta la main lagi..hihi Ni pergi ramai-ramai anjuran company. Mula2 plan ke kuala kubu bharu tapi keadaan air tak begitu sesuai organizer tukar lokasi ke Ulu Slim.

Pagi seawal subuh dah gerak dari KL ke Ulu Slim lalu PLUS highway dan exit Behrang. Sampai tempat breakfast dalam 8.15am dan kami breakfast nasi lemak dan ayam goreng. Lebih kurang 53 orang yang join aktiviti ni tak termasuk staff dari organizer. Total 11 boat yang kami guna. Kami dibawa ke lokasi tempat bermula menggunakan lori n 4x4 lebih kurang 15 minit dari tempat berkumpul. Agak jauh la starting point tu.

Sebelum start aktiviti, organizer briefing dulu do and don't masa buat aktiviti ni. Owh lupa organizer ni dari Chili Rafter. Sapa2 nak join boleh la try contact mereka. Sebelum start kami buat water confident dulu dan lepaskan  dalam air. Ini nak pastikan kita x panik kalau boat terbalik..

                                       

Briefing dari organizer sebelum start aktiviti

Masa nak start tu hujan dah start gerimis..time tu dah rasa macam alaaa tak kan la cancel. Penat datang jauh2 drive seawal subuh lepastu cancel. Sebab waktu ni banyak sangat orang share insiden kepala air mestilah takut kalau jadi apa2 kaaan. Hasil pertimbangan organizer dengan cek keadaan sungai, mereka kata boleh teruskan dan yeah!!!!! Satu boat ngan mestilah kita cari teammate.. ahaha aku, aimi, edahyu, charles dan Zul dari UG team. Kesian kat Zul tercampak dari kawan2 dia..

Ada satu tempat tu jeram kuat, aku sorang tercampak keluar..ahahahaha tak tau camna bole terpelanting nasib x panik..ekeke

mungkinkah aku terlalu ringan?? 

Kat bawah ni sepanjang aktiviti masa buat water rafting ni..boleh la cuci2 mata..












Shida (helmet Kuning) member sekolah dulu dan sati company sekarang..
kecil saja dunia kan


Ni kat tempat rehat2 sebelum sambung balik aktiviti



ni lah aimi dan edahyu





habis dahhh.......masing2 gembira..

Alhamdulillah tiada siapa yang injured. total masa main ni dalam 2jam setengah gak la termasuk berehat2 makan2..overall bagi 5star kat kat aktiviti dan organizer terutamanya 2 orang yang guide boat kami.2 orang tu serius memang terbaik la kawal boat..ada waktu boat tersekat kat batu tapi dorang pandai handle..thumbs up!!! kami yang lain2 ni santai2 je..ahaha

ok selamat berjumpa lagi dalam next posting!




Comments

Popular posts from this blog

al-kisah estelletto hati

nukilan ini....

kerja baru+jalan-jalan