Muncul Kembali di Tahun 2021

 Hai Hai Hai,

Lama sangat rasanya tak berkongsi cerita dan tak meluah rasa di blog. Zaman 20an ni dah popular dengan platform media sosial yang lain kan macam FB, Whatsapp, IG, Tiktok. Kurang dah yang orang berkongsi menerusi penulisan yang panjang macam blog ni.

Last post dalam ni lebih kurang 7 tahun yang lepas, lama sangat dah daripada bujang dan sekarang dah anak 2. Belum lagi 2 tahun kita membazir masa dengan Covid-19..haha namun hidup perlu diteruskan dan kita perlu perang bersama untuk lawan virus ni..jangan lupa ambil suntikan vaksin ya. Saya nasihatkan buat yang masih takut anda boleh dapatkan pandangan dan nasihat dari pihak doktor. lindungi diri anda dan keluarga, dan jangan terlalu mengikut kata orang yang mengatakan vaksin ini suatu agenda.

Untuk first comeback ni, rasa banyak nak dikongsi bersama. Saya mulakan dengan pengalaman kerjaya saya dari lepas belajar di Universiti Teknologi Malaysia (UTM) dan sehingga sekarang. Saya graduate dalam course Civil Engineering. Alhamdulillah result agak cemerlang walaupun masa saya agak penuh dengan latihan PALAPES (L)...hihi

masa last semester lagi saya dah apply kerja and saya attend interview dengan company consultant di Shah Alam. alhamdullillah 1st interview terus dapat kerja. means habis je belajar saya terus bekerja.. tak sempat nak berehat menenangkan otak.. 1st interview kerja agak berdebar tapi tips sebelum ke interview perlu bersedia semak background company, kemungkinan soalan yang akan ditanya..masih ingat masa interview perlu kira structure load.. nasib juga masa tu masih belajar so agak senang la nak jawab.. kalau tanya sekarang memang terkebil2 juga...haha

Dalam 5 bulan je bertahan dengan company tu sebab faktor penindasan! heks. saya time tu minah rempit bayangkan saya perlu hantar drawing saiz A1 sebab company tu tiada despatch. itu saya tak kisah tapi bila company nak tolak claim saya reason saya pakai motor, masa tu saya dah rasa satu penindasan.. untuk makluman gaji jurutera ni kecil je sebenarnya dan tidaklah gah untuk dibanggakan..haha dan disebabkan saya rasa tak happy dengan environment kerja so saya ambil keputusan sambung belajar.

Kisah sambung belajar ini pun satu pengalaman perit. Bayangkan saya hantar permohonan masuk belajar tapi universiti ni terlepas pandang permohonan saya. ni bukan UTM ye..universiti yang lain..Jadinya nama saya tidak dipanggil untuk masuk semesta pada masa itu. suatu pembaziran dari segi masa. saya bercadang nak buat master by coursework. bila dah terjadi kejadian seperti ni saya terpaksa sambung master by research sebab masuk tengah semester. dan saya membuat pemilihan lecturer yang salah untuk guide saya dan saya reserch saya sempat chapter 1-3 je..hahahaha saya jadikan ni semua satu pengalaman hidup! masa saya ambil keputusan berhenti Master ada dua orang lecturer jumpa saya bertanya kenapa saya memilih lecturer tersebut..😂 owh saya berhenti master selepas dapat tawaran kerja di Kuala Lumpur.

Next kerja saya dengan company consultant yang well-known company. so far saya gembira bekerja dan colleague saya satu kepala..jumpa jodoh pun di situ..ahaha kerja company consultant ni melibatkan design, so banyak kira2, pemahaman semua la.. Next kerja saya dengan Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM). Dengan LLM ni pun saya happy je sebab memang masa belajar dulu saya minat highway engineering. tapi bila dah msuk LLM tiada dah melibatkan design sebab lebih kepada project management. Lepas setahaun kerja kat HQ saya perlu transfer ke Wilayah timur di kuantan dan saya PJJ dengan husband. 

Husband saya lepas 3 bulan PJJ, dia ikut saya ke Kuantan. dia try cari kerja tapi x dapat sebab dia dalam bidang mechanical engineering building services. company consultant untuk bidang tu mostly ada di KL/selangor/JB/Penang yang banyak. setelah berapa bulan suami mengganggur, saya ambil keputusan untuk cuba cari kerja di KL semula dan alhamdullilah dapat. bila orang tanya saya tak sayang ke berhenti kerja kerajaan saya anggap itu bukan rezeki saya walaupun saya post tetap di situ.

Selepas LLM saya berkhidmat dengan MRT Corp sehingga sekarang untuk projek MRT2 Laluan Putrajaya. Di sini sebagai company dari side client lebih kepada project management yang perlukan pemantauan dari segi project timeline, project design, cost dan macam2..untuk ni saya akan cerita next time jika berkesempatan..

Ni gambar masa site visit tunnel..gambar dekat site sendiri nan hado..hahaha

Hidup kita ni ada pelbagai jalan cerita yang tidak sama dengan orang lain. Kita yang hanya merancong tapi Allah jua menentukan bagaimana ia akan dicorakkan. yang pahit kita jadikan pengalaman. 

Comments

Popular posts from this blog

al-kisah estelletto hati

nukilan ini....

kerja baru+jalan-jalan